Cari:
Singapura dan Thailand Sekat Import Makanan Jepun
2011-03-25 12:48:09 CRI Cetak

Singapura dan Thailand mengumumkan untuk menyekat pengimportan makanan yang dihasilkan di kawasan yang mengalami pencemaran radiasi di Jepun, demi mengurangkan kebimbangan orang awam terhadap keselamatan makanan.

Pada malam 23 Mac lalu, Lembaga Makanan Pertanian dan Veterinar (AVA) Singapura mengumumkan untuk menghentikan pengimportan susu, produk tenusu, buah, sayur, hasil laut dan daging dari empat provinsi Jepun iaitu Fukushima, Ibaraki, Tochigi dan Gunma.

Kerajaan Thailand menasihatkan syarikat pengimport dan pengedar mengurangkan atau menghentikan pengimportan daging, produk tenusu dan hasil laut yang dihasilkan di Jepun.

Selain itu, China, Britain, Jerman, Perancis, Belanda, Singapura, Malaysia, Thailand dan Republik Korea juga meningkatkan pemeriksaan radiasi terhadap makanan import dari Jepun.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China