Cari:
"Syahadah" Paparkan Perkembangan Islam di Malaysia
2011-08-04 11:49:28 CRI Cetak

Program dokumentari "Syahadah" terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk musim ketujuh tahun ini menyelusuri perkembangan Islam di Malaysia. Paparan musim kali ini melibatkan sejarah awal kedatangan Islam ke setiap negeri.

Menurut kenyataan RTM, Syahadah musim ini turut memaparkan peninggalan manuskrip dan kitab-kitab lama, peranan ulama serta tokoh agama yang bertanggungjawab menyebarkan Islam di Malaysia. Dokumentari itu turut menjalankan penggambaran mengenai kesan peninggalan kerajaan Andalusia. Ia sekaligus membongkar kedatangan Islam serta kesannya terhadap komuniti setempat dan global di Maghribi dan Sepanyol. Sebanyak 33 episod dokumentari Syahadah selama 30 minit ditayangkan pada 6.30 petang sepanjang bulan Ramadan. Program yang bermula pada 2005 itu menyingkap rahsia peradaban Islam melalui paparan realiti kehidupan, pegangan dan amalan masyarakat Islam sebagai inspirasi dan inovasi daripada zaman ke zaman.

Dokumentari itu turut dibeli beberapa negara Arab, Brunei dan Singapura.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China