Cari:
Semakin Banyak Syarikat China Berminat Melabur di ASEAN
2011-08-19 16:15:26 CRI Cetak

Tarif perdagangan antara China dengan negara ASEAN kini diturun kepada 1% daripada 9.8% selepas penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) pada awal tahun 2010. Penurunan tarif perdagangan yang besar bukan sahaja meningkatkan perdagangan dua hala secara mendadak, tetapi juga menyediakan peluang kerjasama yang baru kepada korporat serantau dalam bidang perkongsian bahan mentah, proses pembuatan dan pelaburan.

Kini, semakin banyak perusahaan China menunjukkan minat untuk melabur di ASEAN. Dalam konteks ini, pelbagai dasar keutamaan yang disediakan oleh CAFTA dianggap boleh menerajui pembentukan rangkaian industri serantau yang lebih berdaya saing.

Sebagai contoh, Indonesia yang merupakan negara populasi paling ramai di ASEAN antara pasaran automobil ketiga terbesar dan juga pasaran alat ganti kereta yang berpotensi paling besar di rantau Asia Tenggara. Pasaran automobil Indonesia menjadi daya tarikan perusahaan China. Setakat ini, beberapa syarikat pengeluar kereta di China seperti Chery, Foton dan Geely telah menembusi pasaran di Indonesia dan mencapai hasil yang memuaskan.

Naib Setiausaha Agung Dewan Perniagaan China-ASEAN, Encik Xu Ningning berkata: "Pelaburan oleh syarikat China di negara-negara ASEAN kebanyakannya tertumpu kepada sektor perlombongan dan pembinaan pada masa dahulu. Ia meliputi bidang yang semakin luas, sehingga ke sektor sumber tenaga, industri pembuatan dan sektor perkhidmatan. Kini, pihak China sedang bekerjasama untuk menubuhkan lima buah zon kerjasama ekonomi di Kemboja, Thailand, Vietnam dan Indonesia dengan melibatkan dana pelaburan sebanyak 800 juta dolar Amerika. Selain itu, China juga merancang untuk menubuhkan zon kerjasama ekonomi di pelbagai negara ASEAN yang lain pada masa lima tahun akan datang.

Xu Ningning mencadangkan dewan perniagaan China dan pelbagai negara ASEAN harus mengambil inisiatif dalam menggalakkan kerjasama syarikat serantau. Beliau berkata: "Dewan perniagaan pelbagai negara perlu mempergiat usaha untuk mempromosi dasar-dasar berhubung Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA). Ini boleh membantu syarikat serantau mengetahui dengan lebih tepat tentang proses penurunan tarif dan peluang perniagaan yang tersedia oleh CAFTA."

Menurut Xu Ningning, semakin banyak syarikat serantau maklum akan potensi perniagaan besar daripada proses kebebasan perdagangan dan pelaburan antara China dengan ASEAN. Kerjasama syarikat kedua-dua pihak dalam bidang pengeluaran dan penjualan bukan sahaja membantu mengurangkan kos pengeluaran, malah berfaedah meningkatkan daya saing produknya di pasaran antarabangsa. Beliau juga memberi nasihat supaya syarikat serantau mengambil berat terhadap kualiti produk dan konsep inovasi untuk menjayakan kerjasama antara satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China