Dato' Seri Najib menerima wawancara pemberita Bahagian Bahasa Melayu CRI
semasa Ekspo China-ASEAN ke-8 di Nanning
Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak yakin hubungan Malaysia dengan China akan dilonjakkan lagi dalam bidang baharu. Menurutnya, hubungan bilateral sedia ada antara kedua-dua negara sudah melalui evolusi yang menakjubkan sejak hubungan diplomatik terjalin 37 tahun lalu.