Cari:
Integrasi Serantau Fokus AFMM
2011-11-16 10:48:07 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AFMM) yang diadakan di Bali semalam, memberi fokus kepada pembangunan integrasi serantau dan penubuhan institut Perdamaian dan Keamanan ASEAN(AIPR).

Para peserta berbincang secara terbuka mengenai pembinaan Komuniti ASEAN serta pelaksanaan Piagam ASEAN. Mereka bersetuju untuk mengkaji kebolehlaksanaan visa tunggal ASEAN kepada warga dari negara di luar rantau itu.

Para menteri juga bersetuju untuk memanjangkan cadangan mengenai penubuhan AIPR kepada Sidang Kemuncak ASEAN yang bakal berlangsung pada 17 hingga 19 November depan. Institut yang bertujuan untuk membantu menyelesaikan pertikaian serantau itu dijangka dirasmikan pada 2012.

Menteri ASEAN juga membincangkan pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan dengan Laut China Selatan dan kerjasama serantau dalam bantuan banjir serta pembangunan semula pascabencana. Fokus perbincangan lain, isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama termasuk situasi di Semenanjung Korea dan krisis di Asia Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China