Seiring dengan peningkatan kekuatan dan pengaruh Asia, ASEAN perlu memainkan peranan yang lebih penting dalam menangani isu-isu global.
Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berkata demikian dalam satu sidang media selepas Sidang Kemuncak ASEAN-PBB ke-4.
Menurutnya, PBB akan meningkatkan kerjasama dengan ASEAN dalam beberapa isu serantau dan antarabangsa termasuk pembangunan secara berterusan, perubahan iklim, keselamatan bahan makanan dan sumber tenaga.
ASEAN dan PBB telah menandatangani Perisytiharan Bersama Perkongsian Menyeluruh sebelum sidang kemuncak kali ini. Dokumen itu menjadi asas bagi meningkatkan hubungan kerjasama kedua-dua pihak.