Cari:
Jongkong Emas Hadiah Johan Badminton Olimpik
2012-07-11 13:34:00 CRI Cetak

Pemenang pingat emas acara badminton Sukan Olimpik London bakal dianugerahkan jongkong emas yang bernilai RM2 juta. Insentif "Emas Tukar Emas" ini bertujuan untuk mendorong pemain badminton memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik.

Demikian diumumkan oleh Dato' Sri Andrew Kam, Pengarah Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) dalam sidang akhbar semalam. Beliau berjanji akan menyediakan jongkong emas seberat 12.5 kilogram. Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia, Sieh Kok Chi serta enam orang pemain badminton yang akan bertanding di Sukan Olimpik London turut hadir dalam sidang akhbar tersebut.

Pasukan badminton Malaysia belum memperoleh pingat emas dalam Sukan Olimpik. Dato' Kam berharap melalui sumbangan tersebut, pasukan badminton negara mengambil peluang memenangi pingat emas pertama bagi Malaysia.

Selain itu, Syarikat Perabot Malaysia 3V juga mengumumkan sumbangan berjumlah RM1 juta sebagai hadiah kepada pemenang pingat emas Olimpik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China