Cari:
Pelaksanaan DOC Laut China Selatan Tanggungjawab Bersama
2012-08-13 12:47:39 CRI Cetak

Menteri Luar China, Yang Jiechi telah memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Indonesia, Brunei Darussalam dan Malaysia pada 9 Ogos lalu. Pada 10 Ogos, beliau telah menemui Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan mempengerusikan mesyuarat kedua Jawatankuasa Bersama Kerjasama Bilateral Antara Kerajaan dengan rakan sejawatnya, Marty Natalegawa, serta mengeluarkan kenyataan bersama mengenai kata sepakat yang dicapai berhubung beberapa isu.

Pakar Undang-undang Antarabangsa dari Kolej Hal Ehwal Luar Negeri China, Gong Yingchun berkata, kebelakangan ini, China dan Indonesia telah mencapai kemajuan besar dalam membangunkan hubungan dua hala serta mempergiat komunikasi dan kerjasama strategik. Hal ini bukan sahaja selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara, tetapi juga menjadi teladan di rantau ini. Dengan situasi antarabangsa yang semakin rumit, peranan positif hubungan ini diperlihatkan dalam isu serantau dan antarabangsa selain pada peringkat dua hala.

Mantan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Asia, Kementerian Luar yang juga mantan Duta Besar China ke Singapura dan Thailand, Zhang Jiuhuan menyatakan, terdapat khabar angin bahawa hubungan China-ASEAN semakin renggang selepas Mesyuarat Menteri Luar Forum Serantau ASEAN pada Julai lalu. Pada hakikatnya, dialog berkenaan mendorong hubungan China-ASEAN dan hubungan bilateral antara China dengan pelbagai negara ASEAN, bahkan menyumbang kepada prestasi cemerlang Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA). Ini terbukti dengan jumlah perdagangan yang mencatat lebih USD 360 bilion, pelaburan bersama sebanyak hampir USD 90 bilion, serta pertukaran kakitangan sebanyak lebih 13.6 juta orang pada tahun ini. Boleh dikatakan, China dan ASEAN telah berjaya menjalin hubungan yang saling bergantung, membangun bersama dan "menang-menang".

Zhang Jiuhuan menegaskan lagi, kenyataan bersama tersebut yang menekankan bahawa "memelihara keamanan dan kestabilan Laut China Selatan merupakan tanggungjawab bersama negara serantau" dibuat berdasarkan situasi semasa di perairan berkenaan. Keadaan di Laut China Selatan kekal aman untuk sekian lama, namun menjadi tidak stabil pada tahun ini akibat perbuatan Filipina yang menghantar kapal perang untuk menangkap nelayan China di pulau Huangyan. Dalam pada itu, Vietnam pula ingin menuntut kedaulatan ke atas kepulauan Xisha dan Nansha. Tindakan tersebut telah mencabuli kadaulatan China dan juga terang-terangan melanggar prinsip Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC).

Gong Yingchun berkata, DOC itu dapat mengikat pihak terbabit meskipun ia bukan dokumen undang-undang. Maka tidak wajar untuk menggesa China mematuhinya apabila terdapat negara lain yang membelakanginya terlebih dahulu. Memelihara keamanan dan kestabilan di perairan berkenaan sambil melaksanakan deklarasi tersebut bukan tanggungjawab China sahaja, tetapi juga tanggungjawab bersama anggota ASEAN. Kenyataan bersama berkenaan menegaskan bahawa penggubalan Kod Tatalaku Laut China Selatan melalui mesyuarat merupakan kaedah lazim bagi perjanjian dan rundingan antarabangsa. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna China akan menandatangani apa sahaja dokumen yang disediakan oleh ASEAN. Sebaliknya, kedua-dua pihak sepatutnya membincangkan prinsip berkenaan tanpa campur tangan pihak luar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China