Pasangan Diraja Britain, Putera William dan isteri baginda, Kate Middleton tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari ini bagi memulakan lawatan rasmi empat hari ke Malaysia.
Malaysia adalah destinasi kedua selepas Singapura dalam lawatan selama sembilan hari pasangan diraja itu, ke negara Asia-Pasifik sempena ulang tahun ke-60 Pertabalan Ratu Elizabeth II.
Menurut laporan, dalam tempoh lawatan kali ini, pasangan diraja itu akan melawat Hospis Malaysia, pertubuhan amal yang menawarkan penjagaan paliatif profesional kepada pesakit menghidap penyakit hayat terhad, Taman KLCC dan Lembah Danum, hutan hujan tropika utama, di Sabah.
Selepas Singapura dan Malaysia, William dan Kate akan melawat ke Kepulauan Solomon and Tuvalu.