Cari:
China-Malaysia Perkasakan Kerjasama Penguatkuasaan dan Keselamatan
2012-09-18 12:27:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Keselamatan Awam, Meng Jianzhu mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein di Beijing semalam.

Meng Jianzhu menyatakan bahawa China dan Malaysia memperkasakan kerjasama penguatkuasaan dan keselamatan selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara. Kerjasama pragmatik antara Kementerian Keselamatan Awam dan badan-badan berkenaan yang lain kedua-dua negara tersebut memberi sumbangan besar kepada kestabilan dan mempererat hubungan persahabatan China dengan Malaysia.

Beliau berkata, badan-badan penguatkuasaan kedua-dua negara harus melaksanakan perjanjian kerjasama yang tercapai berhubung usaha membanteras jenayah eentas sempadan.

Hishammuddin menyatakan bahawa kerajaannya menghargai hasil yang diperoleh kedua-dua negara dalam bidang tersebut. Malaysia bersedia terus mengukuhkan kerjasama tersebut dengan China demi perkembangan hubungan kerjasama strategik bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China