Anggota Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Zhou Yongkang akan menghadiri Forum Peringkat Tinggi Pentadbiran Sosial China-Singapura 2012 di Singapura bermula 21 hingga 25 September ini. Beliau juga akan melakukan lawatan muhibah ke Singapura dan Turkmenistan atas undangan kedua-dua negara. Demikian diumumkan oleh jurucakap Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat PKC, Huang Huaguang semalam.
Dalam pada itu, pegawai Suruhanjaya Politik dan Undang-undang Jawatankuasa Pusat PKC, Chen Xunqiu telah berlepas dari Beijing ke Singapura semalam untuk turut menyertai forum tersebut.