Cari:
Sampul Angpau Tahun Baharu Cina Menerusi Facebook "Ah Jib Gor" Najib
2013-01-15 14:20:59 CRI Cetak

Sempena ulang tahun pertama pelancaran laman Facebook "Ah Jib Gor" serta sambutan Tahun Baru Cina pada 10 Feb ini, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengedarkan sampul angpau khas secara percuma untuk para peminatnya bermula semalam.

Menurut laman web facebook "Ah Jib Gor" Najib, peminat-peminat hanya perlu "Like" pada laman itu dan menghantarkan alamat rumah serta nama penuh masing-masing ke alamat e-mel ahjibgor@gmail.com dan menyatakan bilangan paket angpau yang diingini. Setiap paket mengandungi lima keping sampul angpau dan setiap peminat hanya boleh mendapatkan dua hingga lima paket sahaja sementara stok masih ada, menurut laman web itu.

Menurut Najib, sampul angpau ini melambangkan perpaduan serta semangat bersatu-padu di kalangan rakyat Malaysia. Beliau mengharapkan agar semua masyarakat pelbagai kaum dapat mengekalkan semangat ini. Beliau juga menyatakan kesediaannya untuk mendengar segala cadangan serta idea bernas menerusi laman itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China