Cari:
100 Ribu Pelancong China ke Thailand Pada Tahun Baharu Cina
2013-01-21 13:57:58 CRI Cetak

100 ribu pelancong dari Tanah Besar dan Hong Kong dijangka melancong ke Thailand sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Persatuan Pelancongan Thailand menjangka, kedatangan pelancong China bakal membawa pendapatan kira-kira 4.2 bilion Baht (RM 410 juta) kepada kerajaan Thailand, namun akan turut mengakibatkan kesesakan di kastam, masalah kemudahan pengangkutan dan pelancongan serta kenaikan harga barangan.

Menurut Jabatan Pelancongan Negara Thailand, pelancong China yang berkunjung ke negara tersebut mencatat 2.5 juta orang pada tahun 2012. China buat pertama kali mendahului Malaysia sebagai sumber pelancong terbesar bagi Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China