Syarikat Penerbangan Timur China akan menambah penerbangan sewa khas antara bandar Hefei, provinsi Anhui, China dengan Bangkok, Thailand dalam tempoh perayaan Tahun Baharu China tahun ini.
Agensi Pelancongan CYTS akan menyediakan pelbagai pakej pelancongan berkaitan penerbangan sewa khas. Menurut pekerja CYTS, harga pakej pelancongan ke Thailand ketika perayaan Tahun Baharu China akan meningkat kira-kira 50%, dengan mencatat RMB 5,800 hingga 7,000.