Cari:
Perutusan Pegawai Sekretariat ASEAN Sempena Tahun Baharu Cina
2013-02-13 13:52:01 CRI Cetak

Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Awam, Sekretariat ASEAN mengeluarkan perutusan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat China.

Beliau dalam perutusannya berkata bahawa Tahun Baharu Cina merupakan perayaan yang disambut oleh seluruh rakyat China yang mewakili 1/4 daripada seluruh populasi global. Selain itu, perayaan ini juga perayaan penting bagi rakyat Republik Korea dan Vietnam.

Beliau yakin Tahun Baharu Cina akan disambut dengan lebih meluas dan meriah seiring dengan pembangunan dan kemakmuran di rantau Asia Pasifik. Di samping itu, lebih ramai pelancong boleh memanfaatkan cuti Tahun Baharu Cina untuk melancong ke negara serantau. Perkara ini akan membantu meningkatkan persefahaman dan merancakkan interaksi dalam kalangan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China