Sebagai sebahagian Asia, ASEAN akan memainkan peranan dalam usaha mendorong keamanan dan kerjasama antara negara. Demikian titah Sultan Brunei Darussalam, negara pengerusi bergilir ASEAN, Sultan Hassanal Bolkiah dalam majlis perasmian Forum Asia Boao pagi tadi.
Menurut baginda, sejak ditubuhkan 45 tahun lalu, ASEAN selalu berpegang pada prinsip penyelesaian pertikaian dan konflik secara damai dan bukan menggunakan senjata, serta berusaha membangunkan diri sebagai sebuah komuniti yang inklusif. ASEAN memperhebat pembangunan integrasi serantau, di samping memperdalam kerjasama dengan rakan dialog lain, misalnya menubuhkan rangka kerjasama kewangan 10+3, iaitu 10 negara anggota ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea untuk memantapkan ekonomi serantau. ASEAN bermatlamat menjayakan pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang tahun 2015 untuk bersama-sama menghadapi cabaran melalui intergrasi.