Majlis pelancaran jerayawara pelaburan dan perdagangan Indonesia diadakan di bandar Xi'an, provinsi Shaanxi, China semalam.
Duta Besar Indonesia ke China, Imron Cotan dalam ucapannya berkata, jerayawara berkenaan bertujuan untuk membantu Indonesia memperluas peluang dalam bidang perdagangan, pelancongan dan pelaburan di China. Beliau mengalu-alukan pelabur dan pelancong China ke Indonesia.
Naib Datuk Bandar Xi'an, Duan Xiannian memperkenalkan perancangan pembangunan ekonomi Xi'an dan berharap bandar di kawasan barat itu dijadikan jambatan yang menyambungkan Indonesia dengan China dalam kerjasama pelaburan di kawasan tengah dan barat negara ini.
Kini, China merupakan rakan dagang terbesar bagi Indonesia, dengan jumlah perdagangan bilateral mencatat USD 66.2 bilion pada tahun 2012. Pada tahun yang sama, seramai 850 ribu orang China melancong ke negara nusantara itu.