Cari:
Juruterbang Malaysia Tamat Misi Keliling Dunia
2013-05-15 15:01:02 CRI Cetak

Juruterbang keturunan Cina Malaysia, James Anthony Tan menamatkan penerbangan solo mengelilingi dunia dalam masa 48 hari.

Tan, 21 tahun yang membuat penerbangan sejauh 39,083 kilometer berlepas dari Langkawi, dan melintasi Thailand, Vietnam, China, Jepun, Rusia, Amerika Syarikat, Kanada, Denmark, Iceland, Britain, Sepanyol, Itali, Mesir, Jordan, Qatar, Pakistan, India dan Myanmar sebelum kembali ke Malaysia.

Tan disambut hangat oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak kerana merealisasikan impian "1Malaysia Mengelilingi Dunia" serta memecah rekod Guinness dan Malaysia. Najib menyeru rakyat seluruh negara mencontohi Tan dan memiliki semangat bersaing serta berani menyahut cabaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China