Cari:
Syarikat China Asyik Labur ke ASEAN
2013-05-22 13:28:13 CRI Cetak

Seiring dengan pembangunan ekonomi dan permintaan terhadap pembangunan lestari, semakin banyak syarikat China memilih untuk melabur di seberang laut, sehingga menjadikan pelaburan satu kaedah mengintegrasikan ekonomi China dengan dunia. Antaranya, pelaburan ke Asia Tenggara terus meningkat hari demi hari, dan ASEAN telah menjadi destinasi utama bagi syarikat China untuk ke luar negara. Yang lebih menggembirakan adalah pelaburan syarikat China telah beralih dari sektor tenaga, perlombongan, pembinaan dan kontrak kejuruteraan kepada bidang tenaga alternatif, perkilangan, perkhidmatan perniagaan dan kerjasama teknologi.

Kerajaan China menggalakkan syarikat China melabur ke ASEAN. Beberapa tahun kebelakangan ini, China menubuhkan Tabung Pelaburan China-ASEAN yang bernilai USD 10 bilion, dan membekalkan pinjaman kredit kepada ASEAN sebanyak USD 25 bilion, di samping membentuk Tabung Kerjasama Maritim China-ASEAN yang bernilai RMB 3 bilion.

Statistik dari Agensi Promosi Pelaburan Kementerian Perdagangan China menunjukkan, setakat penghujung tahun 2012, pelaburan keseluruhan antara China dengan ASEAN mencatat USD 100.7 bilion. Pelaburan pada tahun 2012 sahaja mencecah USD 11.49 bilion, antaranya pelaburan ASEAN ke China meningkat 1%, dengan mencatat sebanyak USD 7.77 bilion. Manakala, pelaburan China ke ASEAN meningkat 52%, dengan mencatat rekod baharu iaitu USD 4.42 bilion.

Dengan usaha bersama kedua-dua pihak, kini China menjadi rakan dagang terbesar bagi ASEAN, dan ASEAN rakan dagang ketiga terbesar bagi China. China akan merebut peluang sempena ulang tahun ke-10 terjalinnya hubungan rakan strategik dan ulang tahun ke-10 Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) untuk mempertingkat kerjasama pelaburan, mendorong pembangunan kesalinghubungan dan mendinamikkan wahana CAEXPO.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China