Cari:
Tarikh Pembukaan Sukan SEA 2015
2013-05-30 15:30:12 CRI Cetak

Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-28 akan berlangsung mulai 5 hingga 16 Jun pada tahun 2015 di Singapura. Demikian diumumkan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Singapura (SINGSOC) semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif SINGSOC, Lim Teck Yim mahu temasya selama 12 hari itu dijadikan sebagai "pesta sukan untuk orang ramai" pada bulan Jun 2015.

Menurut beliau, beberapa pertimbangan turut diambil termasuk permulaan bulan Ramadan dan peperiksaan sekolah untuk menjamin penduduk Singapura melibatkan diri dalam temasya tersebut.

Katanya, jumlah acara sukan akan ditentukan sebelum penghujung tahun ini dan SINGSOC sedang mempertimbangkan menambah beberapa acara untuk wanita.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China