Dialog Tokoh Politik dan Rakyat China-Asia Tenggara selama dua hari akan dirasmikan di Nanning, Guangxi pada 3 Jun nanti. Tokoh politik dan perwakilan dari pelbagai kalangan masyarakat dari China, ASEAN dan Timor Leste bakal menghadiri dialog berkenaan.
Radio Antarabangsa China (CRI) akan membuat siaran langsung majlis perasmian itu dalam bahasa Inggeris, Melayu, Indonesia, Kemboja, Laos, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Filipina. Sementara itu, kandungan berkenaan juga akan disiarkan menerusi FM 96.5 di Phnom Penh dan FM 105 Siem Reap di Kemboja, FM93 di Vientiane ,Laos, Suara Teluk Beibu dan laman sesawang CRI Online dalam bahasa-bahasa tersebut.