Kerjasama empat buah negara termasuk China, Laos, Myanmar dan Thailand berjaya membongkar 1784 kes jenayah dadah di kawasan perairan Sungai Mekong dalam tempoh pelaksanaan Kempen Banteras Dadah Bersama "Laluan Selamat" sejak April lalu.
2,534 orang yang disyaki pengedar dadah ditahan dan dadah seberat 9,781 kilogram dirampas.
Empat buah negara terlibat mencapai persepakatan bahawa langkah seumpama itu berhasil dan perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa. Di samping itu, kerjasama rapat amat penting dalam menghadapi situasi rumit dan cabaran besar ekoran kegiatan jenayah dadah serantau.