Misi rondaan penguatkuasaan bersama ke-12 di Sungai Mekong yang melibatkan China, Laos, Myanmar dan Thailand ditamatkan dengan jayanya.
Misi rondaan penguatkuasaan tersebut melibatkan 117 orang penguatkuasa, 4 buah kapal dan 6 buah motobot dari keempat-empat negara tersebut. Sepanjang tempoh pelaksanaan misi berkenaan, pasukan penguatkuasa tersebut berkongsi maklumat mengenai situasi keselamatan di Sungai Mekong, kegiatan bersenjata yang haram dan keadaan jenayah dadah, sekali gus mencapai persepakatan berhubung peningkatan kerjasama dan pembanterasan jenayah dadah di kawasan aliran sungai berkenaan.
Operasi itu dianggap berhasil kerana meningkatkan keselamatan di kawasan aliran Sungai Mekong dan memelihara kelancaran di laluan perkapalan antarabangsa itu.