Cari:
Kerajaan Malaysia Digesa Tingkatkan Kawalan Siber
2013-09-20 14:49:20 CRI Cetak

Media Malaysia baru-baru ini merayu kepada orang ramai supaya menggunakan budi bicara dan meningkatkan kesedaran regulasi diri ketika berhadapan dengan suasana siber yang agak rumit dan pelbagai saluran maklumat, dan kerajaan sepatutnya bertindak untuk mengintensifkan penyeliaan dan kawalan siber.

Rayuan itu dibuat berikutan satu berita bergambar yang disiarkan dalam laman web sosial Malaysia yang mendakwa seorang pemandu tempatan sengaja merosakkan kelengkapan stesen minyak kerana menunggu tiga jam untuk mengisi minyak. Berita ini mencetuskan perbincangan yang hangat di kalangan pengguna internet. Namun, selepas diselidik, akhirnya ditemui hakikat, iaitu kerosakan berkenaan akibat pemandu tersebut salah menginjak pedal minyak keretanya.

Ulasan akhbar Sin Chew Jit Poh menunjukkan, sesetengah khabar angin bermula di internet, lalu tersebar luas dan akhirnya dijadikan hakikat. Sumber palsu yang mengelirukan atau cenderung menghasut bakal membangkitkan emosi yang tidak rasional dan reaksi yang tidak sewajar di kalangan pengguna internet.

Ulasan itu juga mengatakan, pembaca perlu menunjukkan perilaku yang sesuai apabila berkongsi maklumat dengan orang lain.

Dengan wujudnya pelbagai medium teknologi canggih hari ini, khabar angin akan tersebar dengan lebih cepat. Akhbar China Daily Malaysia menyifatkan fenomena itu sebagai berikut: "Jika hanya ada seorang kata anda membunuh, ia mungkin sukar dipercayai; tapi sekiranya ada 1,000 orang berkata demikian, seluruh dunia bakal percaya." Jadi, penyebaran khabar angin dalam internet memang menimbulkan kesan yang amat buruk.

China Daily menganggap, ulasan yang tidak sewajar yang disiarkan dalam internet merupakan satu masalah sosial yang agak serius. Berlakunya fenomena itu sukar dielakkan hanya menerusi cara pemujukan. Pihak berkuasa digesa supaya menimbang semula peraturan dan undang-undang multimedia, melincirkan saluran-saluran untuk mengemukakan aduan dan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada sesiapa yang tersabit bersalah.

Jabatan Pendakwa Raya Malaysia dilaporkan mengesyorkan kerajaan supaya meminda 5 buah akta termasuk Akta Kes Jenayah Komputer, Akta Multimedia dan Telekomunikasi, Akta Bukti-bukti dan lain-lain bagi meningkatkan penyeliaan dan kawalan siber dan mencegah berlakunya kes jenayah berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China