Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-16 (ASEAN+1) diadakan di Brunei Darussalam petang tadi. Perdana Menteri China, Li Keqiang dan pemimpin 10 negara ASEAN menghadiri sidang tersebut.
ASEAN+1 merupakan asas kerjasama Asia Timur. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 terjalinnya perkongsian strategik antara satu sama lain. PM Li telah mengemukakan pencapaian "dekad emas" dalam tempoh 10 tahun lalu dan mencadangkan pewujudan "dekad intan" masa depan semasa Ekspo China-ASEAN di Nanning pada bulan lalu.