Cari:
ASEAN Adakan Rundingan dengan Jepun, ROK dan AS
2013-10-10 14:51:10 CRI Cetak

Sidang Kemuncak antara ASEAN dengan Jepun, Republik Korea (ROK)dan AS diadakan secara berasingan dalam tempoh Sidang Kemuncak ASEAN ke-23 di Bandar Seri Begawan semalam.

Semasa berucap dalam Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun, Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah berkata, kedua-dua pihak akan mengadakan sidang kemuncak bagi memperingati ulang tahun ke-40 hubungan persahabatan dan kerjasama ASEAN-Jepun di Tokyo pada bulan Disember nanti. Kedua-dua pihak juga akan menyelesaikan rundingan mengenai perjanjian perdagangan perkhidmatan dan pelaburan bagi penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-Jepun menjelang akhir tahun ini.

Dalam Sidang Kemuncak ASEAN-ROK pula, Sultan Hassanal Bolkiah menyatakan kesediaannya untuk mempergiat kerjasama dengan ROK dalam bidang inovasi teknologi, kebudayaan dan kesenian. Kedua-dua pihak menyasarkan perdagangan dua hala sebanyak USD 150 bilion pada tahun 2015.

Setiausaha Negara AS, John Kerry yang menwakili Presiden Barack Obama menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS yang julung kalinya diadakan itu berkata bahawa AS akan terus mengekalkan komunikasi dua hala dengan pelbagai negara ASEAN. Beliau juga menegaskan bahawa strategi AS untuk "kembali ke Asia" tidak akan terjejas berikutan penutupan sebahagian agensi kerajaan AS pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China