Cari:
Masyarakat Antarabangsa Puji Cadangan Li Keqiang dalam Isu Laut China Selatan
2013-10-12 15:23:50 CRI Cetak

Cadangan Perdana Menteri China, Li Keqiang yang dikemukakannya sempena Sidang Kemuncak Asia Timur agar masalah Laut China Selatan ditangani sewajarnya demi kestabilan dan keamanan serantau mendapat pujian masyarakat antarabangsa. Di samping itu, cadangan beliau untuk meningkatkan keselamatan kewangan serantau, mendorong interaktif antara keselamatan politik dengan keselamatan ekonomi juga mendapat sambutan yang baik.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia menyokong sikap Li terhadap isu Laut China Selatan. Menurutnya, negara-negara lain yang terlibat dalam isu tersebut juga perlu berusaha untuk menyelesaikan masalah melalui rundingan damai sejajar dengan komitmen China tersebut. Beliau menggesa negara-negara yang berkenaan jangan merumitkan situasi di kawasan tersebut.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bertitah, rundingan antara China dengan ASEAN berkaitan isu Laut China Selatan berjalan lancar. Ini mencerminkan hasrat bersama kedua-dua pihak untuk menjaga kestabilan, keamanan dan kemakmuran serantau.

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung juga memuji dasar China yang bersahabat dengan negara jiran. Beliau yakin hubungan rakan strategik China-ASEAN akan terus berkembang dan menyumbang kepada kestabilan, keamanan dan pembangunan bersama rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China