Cari:
PM Li Seru Tingkat Kerjasama Perdagangan China-Vietnam
2013-10-16 14:28:48 CRI Cetak

Kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Vietnam berkembang pesat dan berpotensi besar. Kepentingan bersama kedua-dua negara jauh mengatasi perbezaan. Demikian kata Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika berucap dalam majlis merarau di Hanoi semalam yang turut dihadiri Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung dan wakil golongan ahli perniagaan China-Vietnam.

Tambah beliau, kedua-dua pihak perlu menggabungkan strategi pembangunan masing-masing dan menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan melalui pendekatan perusahaan yang berorientasikan pasaran.

Nguyen Tan Dung dalam ucapannya berkata, kerjasama ekonomi dan perdagangan merupakan tonggak bagi hubungan persahabatan kedua-dua negara. Lawatan PM Li ke Vietnam kali ini berjaya menyediakan asas penting bagi kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang. Vietnam akan memberikan segala kemudahan untuk syarikat China yang melabur di Vietnam, selain merapatkan persahabatan Vietnam-China melalui kerjasama dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China