Cari:
Indeks Keyakinan Pengguna Indonesia Paling Tinggi
2013-11-07 13:51:18 CRI Cetak
Baru-baru ini, AC Nielsen telah mengeluarkan laporan tinjauan suku ketiga tahun 2013 tentang indeks keyakinan pengguna (CCI) dunia. Laporan itu menunjukkan bahawa CCI Indonesia mencatat 120, yang paling tinggi di dunia. Walaupun angka itu telah menurun empat mata berbanding suku kedua tahun ini, namun ia 26 mata lebih tinggi berbanding dengan angka purata dunia iaitu 94.

CCI merupakan indeks yang mencerminkan keyakinan pengguna, telah mengkuantitikan perasaan pengguna terhadap prestasi ekonomi, pendapatan serta psikologi penggunaan. CCI Indonesia mendahului dunia pada beberapa tahun kebelakangan ini, dan ini disebabkan tiga faktor utama seperti berikut:

Pertama, suasana politik dan ekonomi domestik telah menggalakkan kenaikan indeks keyakinan pengguna. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, ekonomi Indonesia berkembang pesat dan bilangan kelas pertengahan bertambah banyak. Selain itu, kerajaan Indonesia berjaya melaknasakan projek-projek untuk kesejahteraan rakyat, hasilnya tahap gaji minimum di Jakarta pada tahun 2012 meningkat 43%. Tahun depan adalah tahun pilihan raya Indonesia, rakyat bersikap amat optimis terhadap pilihan raya itu.

Kedua, CCI Indonesia yang paling tinggi, berkait rapat dengan keperibadian dan kegemaran orang Indonesia. Kebanyakan rakyat Indonesia penganut agama Islam, mereka suka beramal dan tidak suka menyimpan wang, tambahan pula belanja sesebuah keluarga lebih banyak kerana banyak anak.

Ketiga, cuaca juga menjadi satu unsur yang penting. Rakyat negara itu tidak suka beriadah di luar kerana cuaca yang panas, oleh itu, membeli-belah di kompleks beli-belah yang dilengkapi penyaman udara wajar menjadi pilihan utama rakyat Indonesia.

CCI Indonesia benar-benar memperlihatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan unjuran baik terhadap masa depan. Populasi Indonesia mencatat kira-kira 250 juta orang, permintaan pasaran domestiknya yang kuat menjadi sokongan besar kepada kerajaan untuk mengatasi krisis ekonomi.

Oleh sebab Indonesia mempunyai pasaran domestik yang amat besar, negara itu telah menjadi fokus pelaburan syarikat pembuatan dan penjualan barangan sejak 1990-an. Pelabur China juga telah melihat potensi yang besar di negara itu dan memikirkan untuk melabur dalam sektor makanan dan pusat beli-belah, selain melabur dalam industri perlombongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China