Cari:
Vietnam Tarik Lebih Banyak Pelaburan Asing Tahun Ini
2013-11-22 15:07:15 CRI Cetak

Menurut statistik Agensi Pelaburan Asing Vietnam, negara itu berjaya menarik pelaburan langsung dari negara lain sebanyak USD19.2 bilion pada sepuluh bulan pertama tahun ini, meningkat 65.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ini termasuk 1,050 buah projek yang baharu ditandatangani yang melibatkan dana sebanyak USD13.1 bilion, yakni peningkatan sebanyak 79%. Pada masa yang sama, modal 393 buah projek pelaburan yang sedia ada ditingkatkan 42.5%, iaitu USD 6.1 bilion.

Menurut laporan, pelabur asing berkeyakinan penuh terhadap prospek pembangunan ekonomi Vietnam berikutan struktur populasi negara itu yang muda, tenaga kerja kos rendah yang cukup banyak, pembangunan ekonomi stabil dan suasana perniagaan yang semakin baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China