Cari:
Usaha Menyelamat China di Filipina Semarakkan Semangat Kemanusiaan
2013-12-04 14:45:43 CRI Cetak

Taufan "Haiyan" melanda kawasan tengah Filipina baru-baru ini, mengakibatkan kematian dan kecederaan dalam jumlah yang besar. China segera bertindak setelah kerajaan Filipina memohon bantuan secara rasmi pada 18 November lalu. Pasukan yang dihantar Persatuan Palang Merah China (RCSC) dan kapal hospital "Bahtera Damai" turut tiba di Tacloban.

Sebagai kumpulan pertama yang dikerahkan China, pasukan penyelamat Palang Merah China tiba di Manila pada 20 November lalu dan seterusnya tiba di Tacloban pada 23 November. Sehari kemudian, mereka memulakan kerja menyelamat. Pasukan tersebut menubuhkan hospital sementara di halaman dewan perbandaran yang dibanjiri ramai penduduk tempatan. Selain itu, pasukan itu juga berinisiatif menghantar beberapa regu ke perkampungan dan pusat penempatan untuk memberikan bantuan perubatan kepada mereka yang tidak dapat ke hospital. Ramai orang datang mendapatkan bantuan daripada regu penyelamat tersebut. Ketika pasukan itu tiba di sebuah kampung terpencil, penduduknya terkejut terhadap kedatangan doktor China, kerana sejak dilanda bencana taufan, tiada pasukan perubatan datang ke kampung mereka, seolah-olah mereka telah dilupakan oleh dunia luar.

Sementara itu, kapal hospital "Bahtera Damai" turut bertolak dari China pada pagi 21 November lalu. Ia menempuh angin kencang dan ombak besar untuk sampai ke kawasan bencana dengan secepat mungkin. Akhirnya kapal itu tiba di perairan berhampiran Tacloban pada 24 November, iaitu sehari lebih awal daripada tarikh ketibaan yang dijangkakan. Walau bagaimanapun, kawasan itu tiada pelabuhan yang cukup besar untuk membolehkan kapal itu berlabuh, maka kapal itu terpaksa berlabuh di tempat sejauh 10 batu nautika dari bandar Tacloban. Setelah itu, "Bahtera Damai" menubuhkan hospital di pekan Palo di samping menghantar pasukan perubatan ke tempat sekitar. Mangsa yang cedera parah diangkut helikopter dan bot laju ke kapal hospital.

Kini, 3 orang pegawai perhubungan Filipina bekerja di "Bahtera Damai". Mereka semakin hari semakin yakin pada pasukan China yang profesional. Menurut mereka, doktor China disambut baik oleh penduduk tempatan. "Doktor China bukan sahaja mengubati rakyat kami dan mengubah hidup kami, tetapi juga menjalinkan persahabatan yang luar biasa dengan penduduk tempatan. Kami menghargai persahabatan itu dan ingin mengucapkan terima kasih", kata salah seorang pegawai perhubungan tersebut.

Selain itu, China juga menghantar pasukan penyelamat untuk mencari mangsa yang hilang dan mayat mangsa. Ketika bertugas di hutan tebal, pasukan itu merintis jalan dengan pisau. Setiap langkah yang diambil amat sukar. Naib Datuk Bandar Tacloban, Jerry Sambo Jaokasin berkata, kerja pasukan penyelamat China patut diberi penghormatan, mereka menonjolkan semangat kemanusiaan antarabangsa yang amat mengharukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China