Cari:
Thailand: Tujuk Perasaan Diteruskan, Pembangkan Mahu Berunding
2013-12-07 14:42:20 CRI Cetak

Tujuk perasaan Thailand yang dihentikan sementara semasa hari keputeraan Raja Bhumibol Adulyadej pada 5 Disember, diteruskan semalam. Pelbagai pihak yang terlibat mahu mengadakan rundingan.

Pada pukul 11.00 malam 5 Disember lalu, kawasan sekitar Kementerian Kewangan, salah satu lokasi perhimpunan diserang sekumpulan penunggang motosikal, menyebabkan seorang cedera. Pada awal pagi semalam, satu kes serangan bom berlaku di sekitar Tugu Peringatan Demokrasi, mengakibatkan 2 orang cedera. Walaupun tujuk perasaan pada 6 Disember lalu di bawah kawalan kerajaan, namun pihak pembangkang mendakwa akan mengadakan perhimpunan secara besar-besaran hari ini.

Sehubung dengan konfrontasi yang berterusan, rakyat Thailand menyeru pihak pembangkang berunding dengan kerajaan. Seramai 56 orang ahli Senat menyeru rundingan demi mencari cara penyelesaian krisis politik semasa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China