Cari:
Raja Thailand Perkenan Bubar Parlimen
2013-12-10 11:56:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej dalam satu Dekri Diraja memperkenankan pembubaran Parlimen. Pilihan raya umum akan diadakan pada 2 Februari depan.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Raja Thailand malam semalam.

Sebelum ini, jurucakap Parti Pheu Thai (PTP) mendedahkan bahawa pemimpin kanan PTP bersepakat memilih Yingluck Shinawatra sebagai calon utama untuk bertanding dalam pilihan raya tahun depan. Kelayakan Yingluck akan ditetapkan dalam mesyuarat PTP pada 11 hari bulan ini.

Dalam pada itu, Pemimpin Parti Demokrat (DP), Abhisit Vejjajiva menyatakan bahawa keputusan pembubaran Parlimen yang menunjukkan sikap bertanggungjawab kerajaan akan membantu meredakan ketegangan dewasa ini. Namun, DP belum memutuskan sama ada menyertai pilihan raya atau tidak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China