Cari:
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan China- Kemboja di Beijing Tahun depan
2013-12-16 12:16:45 CRI Cetak

Hong Lei

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan China-Kemboja yang pertama dijadualkan pada awal Januari tahun 2014. Mesyuarat ini akan dipengerusikan bersama oleh anggota Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Hor Nam Hong. Demikian diumumkan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam.

Menurut Hong Lei, jawatankuasa tersebut ditubuhkan hasil persepakatan pemimpin kedua-dua negara pada bulan April lalu. Jawatankuasa itu berperanan untuk menggalakkan kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang sekali gus menyelaraskan urusan berkenaan dalam kerjasama itu.

Hong Lei menyatakan bahawa kedua-dua pihak akan menggariskan hala tuju perkembangan hubungan bilateral dalam mesyuarat tersebut. China yakin mesyuarat itu mampu memainkan peranan positif dalam usaha menggalakkan perkongsian strategik yang menyeluruh China-Kemboja dalam situasi yang baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China