Cari:
AS Sumbang USD40 Juta Intensifkan "Keselamatan Maritim" Filipina
2013-12-18 10:53:53 CRI Cetak

AS akan menyumbangkan USD40 juta kepada Filipina untuk tempoh tiga tahun akan datang. Dana tersebut bagi mengintensifkan "keselamatan maritim" Filipina dan meningkatkan keupayaannya dalam pengawasan dan ramalan awal. Setiausaha Negara AS, John Kerry yang kini sedang melawat Filipina, mengumumkan demikian dalam sidang akhbar bersama-sama dengan Menteri Luar Filipina, Eduardo del Rosario semalam.

Menurut beliau, AS sentiasa berusaha bersama-sama dengan Filipina untuk "menghadapi cabaran keselamatan yang kritikal". Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa tindakan AS meningkatkan kerjasama keselamatan maritim dengan negara Asia Tenggara ini merupakan langkah yang "normal".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China