Latihan bersama antikeganasan pasukan khas angkatan tentera darat China-Thailand ke-4 berakhir di Lop Buri, Thailand semalam.
Ketua rombongan peninjau pihak Thailand yang juga Panglima Pasukan Khas Angkatan Tentera Diraja Thailand, Leftenan Jeneral Chalermchai Sittisart menyatakan, kedua-dua pihak telah mengadakan pengajian yang berkesan terhadap masalah baharu dalam pertempuran antikeganasan di bandar yang telah menjadi ancaman keselamatan global. Kerjasama ketenteraan dalam bidang tersebut juga memperlihatkan hubungan persabahatan kedua-dua negara yang terus berkembang dan ini bermanfaat bagi kedamaian dan kestabilan serantau.
Beliau juga mencadangkan China dan Thailand membentuk mekanisme pertukaran lawatan ketenteraan dan interaksi pegawai tentera yang menyeluruh, meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan bukan tradisional serta mengadakan latihan bersama angkatan tentera udara.
Pihak China pula berasa puas hati terhadap hasil latihan bersama kali ini dan berharap terus menggalakkan pertukaran dan kerjasama yang pragmatik antara tentera kedua-dua negara dalam bidang antikeganasan dan lain-lain.