Cari:
Mesyuarat Suruhanjaya Penyelarasan China-Kemboja
2014-01-03 10:41:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Mesyuarat Suruhanjaya Penyelarasan Antara Kerajaan China-Kemboja diadakan di Beijing semalam. Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Hor Namhong. Kedua-dua pihak mencapai persetujuan tentang peningkatan hubungan rakan strategik secara menyeluruh, menggariskan langkah-langkah dan bidang kerjasama pada masa depan.

 

Yang Jiechi berkata, penubuhan Suruhanjaya Penyelarasan Antara Kerajaan China-Kemboja adalah keputusan bersama pemimpin kedua-dua negara untuk menggalakkan perkembangan hubungan China-Kemboja demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Hor Namhong berkata, Kemboja akan bekerjama dengan China dan menggalakkan kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China