Cari:
China, ASEAN Berganding Bahu Gerakkan Rundingan Penaiktarafan CAFTA
2014-01-06 14:22:41 CRI Cetak

Selepas usaha menaiktarafkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) mula dibincangkan, China menyatakan akan memulakan rundingan yang berkenaan secepat mungkin. Baru-baru ini, China telah menyerahkan draf inisiatif berkaitan penaiktarafan CAFTA kepada ASEAN. Naib Menteri Perdagangan China, Sun Yuanjiang menyatakan bahawa draf tersebut mendapat sambutan positif pelbagai negara ASEAN. Kedua-dua pihak telah membincangkan tarikh dan kandungan rundingan berkaitan penaiktarafan CAFTA.

Cadangan untuk menaiktarafkan CAFTA dikemukakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menghadiri Ekspo China-ASEAN pada bulan September lalu. Menurutnya, kedua-dua pihak perlu terus menurunkan tarif, mengurangkan halangan bukan tarif, aktif mengadakan rundingan berkaitan pakej baharu komitmen perdagangan perkhidmatan, dan menggalakkan pembukaan substantif dalam sektor pelaburan, agar jumlah perdagangan dua hala mencapai USD 1 trilion pada tahun 2020 manakala pelaburan dua hala meningkat USD 150 bilion dalam tempoh lapan tahun akan datang.

Sehubungan dengan itu, Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng menyatakan bahawa pihaknya bersedia bekerjasama dengan ASEAN untuk memulakan rundingan berkaitan penaiktarafan CAFTA secepat mungkin, bagi meningkatkan kebebasan dan pemudahan perdagangan dan pelaburan secara ketara. Usaha tersebut menyasarkan untuk mewujudkan perjanjian perdagangan bebas yang lebih menyeluruh dan bertaraf lebih tinggi serta memberi lebih banyak manfaat kepada perusahaan dan rakyat kedua-dua pihak.

Naib Ketua Setiausaha Eksekutif Majlis Perniagaan China-ASEAN, Xu Ningning pula menyatakan bahawa CAFTA yang dinaiktarafkan akan terus membuka pasaran barangan, perkhidmatan dan pelaburan. Dalam aspek kerjasama ekonomi pula, kedua-dua pihak akan mengembangkan kesalinghubungan. Beliau berpendapat, apa yang mungkin menjadikan rundingan berkenaan lebih mencabar ialah ada sesetengah negara yang khuatir industrinya akan terjejas selepas membuka pasaran yang lebih kepada China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China