Cari:
Sime Darby Terima Anugerah Syarikat Berjaya
2014-01-08 15:19:35 CRI Cetak

Acara penyampaian "Anugerah Syarikat China yang Berjaya Tembusi Pasaran ASEAN 2013" dan "Anugerah Syarikat ASEAN yang Berjaya Tembusi Pasaran China 2013" diadakan pada 7 Januari lalu. Anugerah oleh Majlis Perniagagan China-ASEAN(CABC) itu bertujuan untuk berkongsi pengalaman kejayaan syarikat serantau dalam kerjasama perdagangan dan pelaburan.

10 buah syarikat dari ASEAN termasuk Syarikat Sime Darby Berhad Malaysia memperoleh "Anugerah Syarikat ASEAN yang Berjaya Tembusi Pasaran China 2013".

Pengarah Lembaga Sime Darby Berhad, Dato' Sri Lim Haw Kuang berkata, China antara negara yang masih mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat di dunia sedangkan peningkatan ekonomi global kini perlahan. Sime Darby amat optimis terhadap prospek pasaran China. Syarikat kedua-dua negara patut merapatkan interaksi bagi meneroka lebih banyak peluang perdagangan dan pelaburan.

Sime Darby telah membuat pelaburan sebanyak RMB7 bilion di China setakat ini. Pelabuhan, mesin berat, penjualan automobil dan perdagangan minyak kelapa sawit antara empat urus niaga utama Sime Darby di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China