Cari:
Kerjasama Pelancongan Menerangi "Dekad Intan" China-ASEAN
2014-01-15 14:58:24 CRI Cetak

Seiring dengan peningkatan yang pesat kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kerjasama China-ASEAN dalam bidang pelancongan turut berkembang pesat. Pada tahun 2014, kerjasama China-ASEAN akan memasuki tempoh "dekad intan", kerjasama pelancongan kedua-dua pihak tentu akan membawa lebih banyak manfaat kepada lebih ramai orang.

Dalam tempoh "dekad emas" yang baru berlalu, industri pelancongan tak syak lagi menjadi tumpuan dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara ASEAN.

Hakikatnya, pelancong China yang ingin ke luar negara gemar memilih pakej pelancongan ke negara ASEAN, terutamanya ke Singapura, Malaysia dan Thailand. Pada tahun 2012, jumlah pelancong China ke negara ASEAN mencatat 7.32 juta orang, bertambah lebih dua kali ganda berbanding sedekad yang lalu. China turut menjadi sumber pelancong terbesar bagi ASEAN.

Pada masa yang sama, daya tarikan China bagi pelancong ASEAN juga semakin meningkat. Contohnya, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China yang bersempadan dengan negara ASEAN menarik kunjungan lebih tiga juta pelancong asing setiap tahun, separuh daripadanya dari negara ASEAN. Angka ini meningkat pada kadar 20% setiap tahun.

Punca prestasi kerjasama pelancongan antara China dengan negara ASEAN begitu cemerlang, bukan sahaja kerana sumber pelancongan yang istimewa, jarak yang dekat dan hubungan persahabatan tradisional yang telah bersejarah lama, malah juga kerana pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dan usaha kedua-dua pihak untuk mewujudkan kesalinghubungan.

Pelancongan merupakan salah satu daripada enam sektor yang diutamakan dalam usaha negara ASEAN mewujudkan liberalisasi perdagangan perkhidmatan. Seiring dengan CAFTA siap dibina pada tahun 2010, kerjasama pelancongan kedua-dua pihak mempunyai platform yang baharu.

Pada tahun 2013, usaha kesalinghubungan China-ASEAN amat berhasil. Lebuh raya Kunming, Yunnan-Bangkok Thailand dan lebuh raya sempadan China-Vietnam yang menghubungkan Kunming dengan Hekou siap dibina. Landasan kereta api laju Hengyang-Liuzhou, Guangxi mula beroperasi dan dengan itu, landasan kereta api utama Beijing-Guangzhou berjaya disambungkan dengan ASEAN. Selain itu, 12 laluan penerbangan pula merapatkan lagi hubungan China dengan lapan buah negara ASEAN.

Menurut sasaran yang dijangkakan oleh pihak rasmi, jumlah pelancong China ke luar negara pada tahun 2014 bakal mencatat 110 juta orang, meningkat 13% berbanding tahun 2013. Berita baik ini tentu menggembirakan negara ASEAN.

Sejajar dengan itu, Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika melawat ke negara ASEAN pada Oktober tahun 2013 mencadangkan supaya kedua-dua pihak mempercepat pembinaan infrastruktur kesalinghubungan di samping mengeratkan kerjasama dalam bidang sosiobudaya, sains dan teknologi, serta pertukaran lawatan.

Boleh dijangka bahawa kerjasama pelancongan antara China dan ASEAN pada tahun 2014 akan membawa lebih banyak faedah yang sebenar kepada rakyat pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China