Presiden Institut Strategik dan Kepimpinan Asia Malaysia, Tan Sri Dr. Michael Yeoh semalam berkata China dan ASEAN bekerjasama untuk meneroka permintaan baharu di rantau ini akan menjadi penjaga bagi pertumbuhan ekonomi Asia.
Menurutnya, terdapat tiga tenaga penting yang mendorong pembangunan ekonomi di Asia, iaitu Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) yang banyak menurun tarif telah meningkatkan perdagangan antara kedua-dua pihak; pendapatan penduduk Asia yang kian meningkat turut meningkatkan permintaan dan ini menjadi tenaga baharu yang merangsang pertumbuhan ekonomi; dan pelaburan besar ASEAN dalam pembinaan infrastruktur seperti lebuh raya, pelabuhan dan jambatan turut menggalakkan pembangunan ekonomi serantau.