Cari:
Bajet 2014 Singapura Dikeluarkan
2014-02-25 14:28:37 CRI Cetak

Singapura membuka lembaran baharu dalam usaha menyempurnakan sistem jaminan sosial, menggalakkan inovasi perusahaan dan mentransformasikan ekonominya menerusi Bajet 2014 yang dikeluarkan oleh parlimen republik itu baru-baru ini. Teras bajet ini adalah "Cipta Peluang untuk Masa Depan, Beri Jaminan kepada Generasi Perintis".

Dimaklumkan, kerajaan akan membelanjakan SGD 8 bilion bagi memperkenalkan Pakej Generasi Perintis (PGP) bagi menghargai dan mengiktiraf golongan yang menyumbang kepada pembangunan awal negara melalui penyediaan penjagaan kesihatan. Kira-kira 450 ribu warga yang berusia 65 tahun ke atas layak menikmati faedah berkenaan sepanjang hayat.

Menurut PGP, warga perintis yang menerima rawatan di hospital dan klinik bakal memperoleh subsidi sebanyak 75% hingga 85% bagi kos rawatan berkenaan. Mereka yang sudah berdaftar dalam Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) bakal diberi SGD 200 hingga SGD 800 subsidi tambahan setiap tahun, manakala golongan kurang upaya akan diberi bantuan berupa wang tunai berjumlah SGD 1,200 setiap tahun sepanjang hayat.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Tharman Shanmugaratnam mengatakan, dengan memberikan jaminan tersebut kepada Generasi Perintis, kerajaan akan dapat memenuhi komitmennya terhadap golongan yang telah banyak berjasa tanpa mengira keadaan ekonomi pada masa depan.

PGP mendapat sambutan yang hangat dalam masyarakat tempatan. Akhbar Lianhe Zaobao menerbitkan artikel yang memuji kemampuan kerajaan menangani perbelanjaan sosial yang semakin bertambah tanpa berhutang, berkat rizab negara yang mencukupi dan dasar fiskal yang berhemat.

Selain PGP, kerajaan dijangka membelanjakan SGD 3.6 bilion untuk menggalakkan inovasi dan meneruskan transformasi ekonomi. Menurut Tharman Shanmugaratnam, bajet tersebut akan meningkatkan skim pembiayaan untuk membantu pertumbuhan syarikat yang berefisiensi tinggi dan berinovasi serta menyokong mereka dalam proses transformasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China