Cari:
Usahawan China Optimis terhadap Prospek Pasaran ASEAN
2014-03-07 15:08:21 CRI Cetak

Wakil golongan usahawan China yang sedang menghadiri persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik (CPPCC) menyatakan rasa optimis terhadap prospek pasaran Asia Tenggara dan berminat untuk meluaskan perniagaan di rantau tersebut.

Wakil NPC, Presiden Syarikat Perubatan Huahong, Wei Feiyan memberitahu wartawan, produk syarikatnya laris dijual di pasaran Vietnam. Syarikat itu merancang untuk meluaskan perniagaan ke pasaran Laos, Myanmar dan Thailand.

Anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Presiden Syarikat Kereta Geely, Li Shufu berkata, beliau yakin Geely akan mendapat peluang di rantau tersebut sejajar dengan pembangunan hubungan China dengan ASEAN dan integrasi ekonomi ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China