China menolak bantahan Filipina terhadap penguatkuasaan undang-undang oleh kapal polis maritim China di perairan Terumbu Ren'ai.
Jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang semalam berkata, bantahan tersebut mendedahkan niat Filipina yang mahu menduduki terumbu milik China itu secara haram. China sekali lagi mendesak Filipina menghentikan semua tindakan provokatif.
China menggesa Filipina menunaikan janji, menunda kapal yang terkandas di terumbu itu, serta mengambil tindakan praktikal untuk melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan.