Cari:
Operasi SAR Pesawat MH370 Diperhebatkan
2014-03-22 14:58:51 CRI Cetak

Operasi mencari dan menyelamat(SAR)pesawat MH370 yang hilang telah memasuki hari ke-15 hari ini. Masyarakat antarabangsa terus memperhebatkan operasi SAR dengan pelbagai negara mengerahkan pesawat ke kawasan perairan berkenaan, tetapi objek yang disyaki serpihan pesawat itu yang dikesan Australia masih belum ditemui.

Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss

Menurut maklumat terkini dari Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss hari ini, Australia, A.S. dan New Zealand telah menghantar pesawat menjalankan tugas pencarian di perairan berkenaan, manakala pesawat China dan Jepun akan tiba di kawasan tersebut esok. Menurut beliau, tugas pencarian dijalankan dua jam sekali. Selain itu, semakin banyak pesawat awam menyertai operasi itu.

Menurut maklumat Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia hari ini, oleh sebab radar pada pesawat gagal mengesan sebarang penanda pada dua hari yang lalu, mereka menukar kepada pendekatan visual. Serentak itu, keluasan pencarian itu juga diperluaskan daripada 23 ribu kilometer persegi kepada 36 ribu kilometer persegi.

Pesawat pengangkutan jenis Ilyushin IL-76s tentera udara China

Menurut Ketua Kumpulan Pimpinan Operasi SAR Tentera Udara China, Liu Dianjun, dua pesawat pengangkutan jenis Ilyushin IL-76s tentera udara China akan dikerahkan ke Australia untuk menyertai operasi SAR.

kapal penyelidikan Xuelong China

Menurut Kedutaan China ke Australia, kapal penyelidikan Xuelong China telah bertolak dari Perth malam semalam dan dijangka akan tiba di kawasan perairan tersebut pada 25 Mac nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China