Sidang media Ekspo China-ASEAN 2014 diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China baru-baru ini. Menurut maklumat, Pameran Kebudayaan China-ASEAN yang pertama akan diadakan pada 29 Mei hingga 1 Jun nanti.
Pameran tersebut merupakan sebahagian Tahun Interaksi Kebudayaan China-ASEAN. Aktiviti-aktiviti termasuk budaya tradisi, adat resam, taman kebudayaan dan pelancongan akan diadakan sempena pameran tersebut.
Di samping itu, Kamus China-Vietnam akan dilancarkan dalam pameran berkenaan.