Cari:
Tahun Pertukaran Kebudayaan China-ASEAN Dibuka Tirai
2014-04-08 14:48:45 CRI Cetak

Tahun Pertukaran Kebudayaan China-ASEAN 2014 dibuka tirainya di Universiti Tsinghua, Beijing malam tadi. Majlis perasmian itu dimulakan penuh meriah dengan persembahan tarian dan nyanyian oleh seniman China dan negara-negara ASEAN. Difahamkan, lebih 150 acara interaksi akan dilancarkan sempena program tahunan ini yang bermula pada 7 April hingga penghujung tahun ini.

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengutus surat tahniah atas perasmian tahun pertukaran kebudayaan itu. Beliau berkata, tahun ini dianggap permulaan dekad kedua sejak terjalinnya perkongsian strategik China-ASEAN. Kedua-dua pihak berada pada titik permulaan yang serba baharu. Kerajaan China amat prihatin terhadap hubungan baik sesama tetangga dan kerjasama yang saling menguntungkan dengan ASEAN, dan berharap memaparkan hasil yang melimpah dan kejayaan yang cemerlang dalam pertukaran kebudayaan dan perkembangan kesenian kepada seluruh dunia menerusi tahun pertukaran berkenaan.

Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong, Naib Presiden Myanmar, Nyan Tun serta ketua-ketua delegasi ASEAN turut menyaksikan majlis perasmian tersebut. Liu dalam upacara itu berkata: "Semasa permulaan dekad kedua sejak terjalinnya perkongsian strategik, kita memulakan perjalanan yang baharu dengan memilih pendekatan dialog kebudayaan. Ini besar maknanya. China bersedia meningkatkan kerjasama kebudayaan dengan ASEAN, terutamanya membolehkan generasi muda menghayati tarikan komunikasi silang budaya dan tamadun yang berdimensi."

pertemuan Naib Presiden Myanmar, Nyan Tun dengan Liu Yandong

Dalam pada itu, Naib Presiden Myanmar, Nyan Tun mengatakan bahawa pelancaran tahun pertukaran berkenaan adalah konsensus yang dicapai pemimpin China dan ASEAN. Selaku negara pengerusi bergilir ASEAN, Myanmar amat menghargai sumbangan China dalam penganjuran aktiviti ini. Beliau berkata: "Kami akan berusaha merapatkan pertukaran dan kerjasama kebudayaan antara China dengan ASEAN, khususnya antara golongan pemuda, menerusi pelbagai kaedah termasuk budaya, media serta interaksi antara pelajar dan kumpulan bukan kerajaan."

Persembahan kesenian mendapat sambutan yang hangat daripada para penonton, kerana ia menyediakan peluang kepada mereka untuk menghayati kebudayaan Asia Tenggara yang kaya dan berbagai-bagai corak serta memahami hubungan persahabatan China-ASEAN yang kekal abadi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China