Cari:
China, Laos Ikrar Kukuhkan Perkongsian
2014-04-12 15:32:38 CRI Cetak

China dan Laos perlu memperkasakan perpaduan dan kerjasama untuk meningkatkan perkongsian kerjasama strategik yang menyeluruh ke tahap yang baharu. Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong di Beijing semalam.

Beliau berharap kedua-dua negara mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, mengintensifkan penyelarasan strategik di samping berkongsi pengalaman dalam tadbir urus negara.

Beliau juga mencadangkan supaya kedua-dua pihak memperluas pertukaran dalam bidang sosiobudaya serta kerjasama dalam bidang sumber tenaga, ekopelancongan dan pembinaan infrastruktur.

Xi turut menyatakan hasrat supaya perjanjian kerjasama mengenai pembinaan landasan kereta api China-Laos dimeterai seawal mungkin.

Thongsing pula berkata bahawa peningkatan perkongsian kerjasama strategik komprehensif dengan China mempunyai erti yang penting bagi pembangunan Laos.

Laos komited melaksanakan persepakatan yang dicapai pemimpin kedua-dua negara dan memperkasakan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, khususnya projek landasan kereta api Laos-China.

Beliau turut memberikan penghargaan yang tinggi kepada inisiatif China untuk membentuk Kawasan Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China