Cari:
Asia Tenggara Puji Forum Asia Boao
2014-04-14 14:02:11 CRI Cetak

Pegawai kanan, sarjana dan media negara-negara Asia Tenggara turut menilai tinggi Forum Asia Boao yang baru berakhir di provinsi Hainan, China.

Naib Menteri Projek Awam dan Pengangkutan Laos menyatakan, kesalinghubungan infrastruktur yang dicadangkan dalam ucapan Perdana Menteri Li Keqiang akan menggalakkan perdagangan antara negara-negara ASEAN serta negara ASEAN dengan China agar negara-negara Asia Tenggara dapat menikmati hasil pembangunan ekonomi China. Sebuah komuniti berkongsi nasib akan ditubuhkan di Asia bagi mewujudkan pembangunan bersama.

Menurut Agensi Berita Vietnam, Forum Asia Boao mempunyai kelebihan dalam perbincangan topik ekonomi. Ramai pemimpin negara dan syarikat mengutamakan forum ini, yang menyediakan platform untuk membincangkan dasar dan pakej penyelesaian pelbagai masalah serantau bahkan dunia.

Penganalisis dari Indonesia pula berpendapat, meskipun Forum Asia Boao memberi tumpuan kepada usaha mengintensifkan kerjasama dan pembangunan ekonomi di Aisa, ia juga memainkan peranan penting bagi memelihara kedamaian dan kestabilan serantau dan boleh dijadikan platform untuk menyelesaikan pertikaian serta menggalakkan kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China