Cari:
Konflik Politik Thailand Dihentikan Sementara untuk Pesta Songkran
2014-04-14 14:40:51 CRI Cetak

Kedua-dua pihak yang berselisih politik di Thailand menghentikan tindakan berkonflik yang berlarutan hampir setengah tahun untuk sementara bagi merayakan Pesta Songkran.

Perdana Menteri kerajaan sementara Thailand, Yongluck Shinawatra ketika menyambut Pesta Songkran di Chiang Mai semalam menyatakan harapan agar setiap warga Thailand dapat berkongsi kesejahteraan daripada Raja Thailland. Serentak itu, beliau berharap rakyat Thailand bersama-sama mengatasi semua halangan untuk menikmati masa depan yang cerah.

Pemimpin parti pembangkang, Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) , Suthep Thuagsuban semalam bersama-sama dengan pengikutnya menyambut Pesta Songkran di Taman Lumphini Bongkok. Pertubuhan itu memutuskan untuk menghentikan sebarang aktiviti tunjuk perasaan pada 12 hingga 15 April supaya penduduk merayakan pesta itu dalam suasana yang damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China